Buku Tetamu

Isnin, Disember 08, 2008

Dr.Fadhilah Kamsah menulis

Assalammualaikum. .....Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskanbelen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelumpergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macambiasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanyaseminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanananak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untukhabiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adikberadik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hariitu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebabitu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tokperempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anaksentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya.....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok makbapak kita yang makin tua itu..Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diammembisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kitatahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangansekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan makkata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,diaakan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidakmenunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasahormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiapkali waktu maghrib .... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorangazan dan sorang Qiam .... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepassolat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghribdengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling palingberkesan sekali .....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anaktiap kali maghrib ..... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaahwalau hanya bagi waktu maghrib."Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejarakhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidikdiri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's lastsermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (onshall pass on his words to others,and those to others again; and may thelast ones understand his words better than those who listen to himdirectly...Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Doimpart this knowledge; you'll lose nothing.
Wallahu A'lam... TerimaKasih, DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHUPUN DAPAT PAHALA GAK

RAHSIA BUDU.....

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sep erti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sep erti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) sep erti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sep iring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Selasa, November 18, 2008

BICARA SEKEJAP

AKUM... kepada sahabat atau sape2 yang membaca blog saya ini, samada dari nukilan sya sendiri atau dari sumber luar lain , semoga dapat mengunakannya dengan sebaik mungkin yg buruk jadikan sempadan yg baik jadikan tauladan dan kalau sudi atau ingin berkongsi pengalaman ke blog sya ni.. sile lah hantar maklumat tersebut ke email sya zamani6979@yahoo.com semoga ilmu dan ape saja yang baik dpt di panjangkan kepada makhluk yg bernama manusia ..oklah sya x bleh berbicara panjang opps...lupa 1 lgi..kalau nak komen pun silalah komen di ruangan komen yg telah di sediakan ..terima kasih. jumpa lgi di lain bicara sekejap..

Sabtu, November 15, 2008

CERITA SERAM SUAMI ISTERI DI TEPI JALAN

Pernah dengar kisah ini? Ini kisah seram yang berlaku pada waktu malam. Sepasang suami isteri membawa kereta di suatu lebuh raya. Suatu ketika, kereta itu rosak. Dengan lampu yang masih menyala, kereta itu diletakkan di bahu jalan. Si suami pergi ke hutan berhampiran, ke sungai mencari air.Lama sungguh! Si isteri terus sabar menanti. Tuk! Tuk! Tuk! Seperti ada sesuatu mengetuk-ngetuk di atas bumbung kereta. Kemudian, datang seorang penunggang motosikal, memandu perlahan, mendongak ke atas bumbung kereta. Kemudian dia terus memecut laju motosikalnya.Bunyi ketuk mengetuk makin kuat di atas bumbung kereta. Apa yang sudah berlaku? Kenapa… penunggang motosikal itu melarikan diri?Malam terus membangkitkan kesunyiannya. Tanpa bunyi cengkerik. Cukup sunyi. Sesekali terdengar bunyi ketukan di atas bumbung kereta. Si isteri tetap tabah menanti kepulangan suaminya…Ya… si suami sudah lama pulang, tetapi tanpa badan. Kepalanya… berada di atas bumbung kereta itu.

RAHSIA YAHOO!


Jumaat, November 07, 2008

10 AMALAN TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikutselera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari)

Isnin, November 03, 2008

Jumaat, Oktober 31, 2008

Siapa yang paling MALAS ?

Baca nie.....macam- macam hal ada..Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengakuKatanya : "saya adalah yang paling malas"Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"Lalu jawab lelaki tersebut : "kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"Maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".. .Maka raja pun terdiam terpaku.Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: "saya adalah yang paling malas tuanku".Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".P/S : ....fikir la sendiri..

Selasa, Oktober 28, 2008

RELEKS SEKEJAP....

PETUA TANGKAP HANTU


Pocong



Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah carikelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dantarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidakpakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.



Langsuir



Hantu Pompuan ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenungbalik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cerminmuka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.



Pontianak



Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilahketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentudia boring.





Hantu Raya



Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Caramengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya,ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia takkacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.



Hantu Galah





Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kitahendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.





Jerangkung





Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untukmenewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihatgerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.





Toyol





Hantu ni Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu senberguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balikbagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannyakerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu





Hantu Ponteng





Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam u alllerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, mc, lepaih tu nengok e-mail..,baca blog macam sekarang nih..sah-sah tengah baca blog nie..macamana nak jawab..korang sendirigak jadik hantu..Sapa yg akn maluuuu?.... ..kamu dan kamu Sdn hehehehe.... .......!! ! jadi bawak-bawaklah buat kerja .......Wat le yg mane patut bile Boss nengok ek....jgn mare ek.
Salam Kasih Sayang,

SOAL JAWAB TAG

[1] Bekas kekasih saya adalah :
Tak tahu nak cakap dah sebab i dah kawin skrg dan dia .....?
[2] Saya sedang mendengar :
Lagu Korea .
[3]Mungkin saya patut :
Dah tidur ...
[4]Saya suka :
pada yg apa2 yg baik...
[5]Sahabat-sahabat baik saya :
Who cares about me
[6]Saya tak paham :kenapa manusia selalu selalu hipokrit.
[7] Saya kehilangan :
family ,guru, kwn2 dan semoga kita kenangkan mereka...
[8] Ramai yang berkata :kenapa hidup ini bebas...
[9] Makna nama saya :tak ingat.. tapi rasenya Masa... kalo tak silap lah..
[10] Cinta itu adalah:
Cinta itu buta... dan sangat complicated
[11] Di suatu tempat, seseorang sedang :=sembahyang… itu aku!
[12] Saya akan cuba :
selalu berfikiran waras walaupun kadang-kadang emosi menguasai minda
[13] Ayat SELAMANYA membawa maksud :SAMPAI BILA2....
[14] Telefon bimbit saya :
for all friend and famlly
[15] Bila saya terjaga dari tidur :saya akan fikirkan masa depan..
[16] Saya paling meluat apabila :seseorang itu nampak baik depan mata.. kalo kat blakang.. ish.. cam hampeh..
[17] Pesta/Parti adalah :err.. tak biasa join parti pun..
[18]Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :segala jenis haiwan adalah comel..
[19]Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :masa aku budak-budak.. takde masalah..
[20]Hari ini :aku happy dengan keluarga dan kwn..
[21]Malam ini saya akan :selalu ngadap pc..
[22]Esok pula saya akan :gi keje ...
[23]Saya betul2 inginkan :Lamboghini......naik dah cukup..
24]Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Muka dah makin berkedut :P
[25]Pusat membeli-belah atau arked permainan :mana-mana ajer..
[26]Makanan Barat atau Jepun :Makanan kita yang paling besh..
[27]Bilik yang terang atau gelap :kalo time tido misti mau gelap lah.. takleh tido kalo terang..
[28]Makanan segera adalah :biasanya Magii...
[29]Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?ermm.. terlalu banyak
[30] Adakah anda ingin panjangkan TAG ini??takyah la.. penat aku nak jawab... aduh..
[31] Sudahkah anda menunaikan kewajipan anda sebagai seorang Islam hari ni?
sudahhh..
[32] Bila kali terakhir anda cium mak & ayah korang?
raya baru ni
[33] Sudahkah anda korek hidung pada hari ni?errr.. hahahha :Takmoh kongsi ngan sape².. sebab da tau.. korang mmg malas nak jawab

Isnin, Oktober 27, 2008

p/s: Cerpen ini Zam dapat melalui blog dan bukanlah hasil nukilan Zam. Sekadar berkongsi dengan para blogger.

Marni menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak "kari kapitan kepala ikan merah" kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya, malam ini Hazif suaminya yang tercinta akan pulang. Sengaja Marni mengambil cuti kerja setengah-hari, hari ini.Anak-anaknya, Seri dan Nabil siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Hazif, lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu, malahtiga hari lagi, genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.
Alhamdullilah, walaupun perkahwinannya dengan Hazif mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya, ternyata Marni tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Marni, anaknya yang berkelulusan universiti, jatuh hati dengan Hazif, yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Marni faham, bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Hazif tidak akan dapat membahagiakan Marni, anaknya yang cuma seorang itu, dengan gaji Hazif sebagai kerani. Tetapi Marni sudah nekad. Dia tahu Hazif bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita-cita dan matlamat hidup yang tinggi. Buktinya, Hazif sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting,Hazif menyintainya sepenuh hati. Perlahan Marni mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang-tuanya,
Marni diijab kabulkan dengan Hazif dalam majlis yang penuh ceria.
"Assalamualaikum......", kedengaran suara memberi salam. Marni tersentak.
"Abang!Walaikumsalam...", senyumnya melebar melihat Hazif di belakangnya.Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Marni.
"Terperanjat Mar!Bila abang masuk? Mar tak dengar bunyi pintu dibuka pun?"
"Saje aje. Nak suprisekan Mar!", Hazif membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Marni. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Hazif. Mungkin Hazif beli "perfume" yang baru dari Penang , fikir Marni."
Eh! Kata abang berangkat pagi ni, takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?"
"By air...", ringkas jawapan Hazif.
"Habis kereta abang?"
"Pada Salleh...", jawab Hazif."Oh patutlah..", Marni hanya menganggukkan kepala. Dia kenal benar pada Salleh, salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun, Salleh menumpang kereta Hazif. Sementara Amran, rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu, menumpangkan Mizi, rakan kongsimereka yang ke empat.
"Hah!Amran tak ikut abang balik ke? Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makandulu....",
tanya Marni. Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Amran, rakan baik suaminya itu yang masih membujang.
"Nanti dia datang.......", ujar Hazif.
"Mana budak-budak Mar...?", tanya Hazif."
Ada dalam bilik..tidur. Kepenatanlah tu.... main basikal satu pagi."
"Basikal?", tanya Hazif.
"Hah ah. Ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..", jawab Marni sambil meletakkan milo ais kegemaran Hazif didepannya.
"Abang laparlah..belum makan. Mar masak apa?"
"Ah.... Mar masak lauk favourite abanglah...", senyuman Marni melerek.
"Kari Kapitan?", teka Hazif."
Apa lagi......""Bagus jugak tu...Mar siapkan makan. Abang nak tengok budak-budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang...."
"Habis dengan mamanya tak rindu ke?", usik Marni.
"Tersangatlah rindu.....", jawab Hazif lalu mengucup dahi isterinya lagi.
Marni tersenyum melihat Hazif berlalu. Kasih-sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Hazif yang penyayang. Hazif terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi di saat ini mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Hazif merenung kedua-dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Di kucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba-tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya? Itulah yang selalu Hazif fikirkan. Dia tahu, Marni seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Marni dapat mengatasinya. Namun, nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung-jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian.
Marni masuk ke bilik anak-anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Hazif menyeka airmata. Marni hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Hazif menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhinggakerana berjaya juga menikahi Marni walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Marni.
"Bang... kenapa ni...?
"Hazif mengangkat muka, memandang Marni.
"Mar...kalau apa-apa jadi pada abang, Mar jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya...", ujar Hazif, lembut.
"Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Mar dah siapkan tu..."
"Mar janji dengan abang dulu....", rayu Hazif.
Marni merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Hazif hari ini. Tidak pernah seingatnya Hazif berangai pelik seperti ini
."Yalah...Mar janji..", akhirnya Marni bersuara, tidak mahu memanjangkan teka-teki ini lagi.
"Mar...abang ada belikan Mar sesuatu....", ujar Hazif sambil menyeluk pokek seluarnya.
"Eh......gelang zamrud....", senyum Marni tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan."Mar ingatkan gelang ni tak?". Gembira benar hati Hazif melihat keriangan di wajah Marni.
"Ingat?", Marni mengerutkan dahi. Sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu.
"Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai masa di Komtar? Mar suka sangat tengok gelang tu. Masa tu, abang tak ada duit nak belikan Mar. Tapi abang janji pada diri abang, satu hari, abang akan belikan juga gelang tu untuk Mar. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Amran, abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli...
"Terpegun Marni mendengar cerita Hazif. Sungguh tidak disangka,setelah sekian lama, Hazif masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih-sayang Hazif selama ini sudah cukup buatnya.
"Terima kasih bang....", Marni memeluk suaminya.
"Happy seventh anniversary sayang....I love you...", bisik Hazif ke telinga Marni.
"I love you too..", balas Marni. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyaduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang.
"Amran agaknya tu....", bisik Hazif.
"Tak pa. Biar Mar yang buka pintu...", Marni bangun melepaskan pelukannya.
"Mar....",Hazif menyambar tangan Marni."I love you...very very much.....",
Hazif mengucup tangan Marni, penuh kasih.
"Me too..," jawab Marni pendek. Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya.
Sebaiknya pintu terbuka, menyongol wajah Amran dengan rambut yang kusut masai.
"Hai..Am. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?", usik Marni.
Amran hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melebuhkan punggungnya di sofa.
"Mar...can you please sit down..", pinta Amran.
Marni mengerut dahi. Apa kena dengan si Amran ni agaknya?, detik hatinya.
"Please...I have something very important to tell you...", pinta Amran lagi.
Marni semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Amran menunduk. Tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualannya. "Mar...apa pun yang Am nak sampaikan ni, Am nak Mar sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang...", perlahan ayat yang keluar dari mulut Amran.
"Apa yang you merepek ni Am?". Teka-teki terus bermain di benak Marni.
"Mar.......Hazif....Hazif kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Mar...", tersekat-sekat kata-kata itu keluar dari mulut Amran.
Marni tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Amran lakunkan? Hazifkan ada di rumahnya tika dan saat ini.
"Apa ni Am...kalau nak bergurau pun biarlah bertempat...", balas Marni.
I'm serious Mar.....Am yang saksikan sendiri..
"Marni terpegun. Mana mungkin Amran berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya.
"Am.....apa yang Am cakap ni...Hazifkan dah balik. Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia..."
"Apa? Hazif dah balik?", terbeliak mata Amran. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Hazif di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah, dia sendiri melihat bagaimana Hazif disambar lori tanah ketika melintas jalan menujuke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan setelah jenazah Hazif dibawa ke hospital dengan diikuti Salleh dan Mizi, dia terus memecut menuju ke Johor Baru untuk ke rumah Hazif. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Marni sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya.
Tadipun sebelum masuk ke rumah ini, dia telah menelefon Salleh untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Hazif pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Hazif pulang ke rumah?
"Am...you dengar tak apa Mar cakap? Hazif dah balik...", Marni mengejutkan Amran dari khayalannya.
"Mar...Am tak tahu apa nak cakap. Tapi percayalah, Am sendiri yang melihat kejadian itu. Hazif meninggal di pangkuan Am Mar..."
"Bohong...Hazif dah balik...Nanti biar Mar panggil dia....", Marni semakin binggung. Apa tujuan Amran menceritakan yang bukan-bukan padanya? Pantas dia menjenguk ke bilik anak-anaknya. Hazif tiada disitu. Ah! Tentu Hazif di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga memanggil nama Hazif. Tiada jawapan. Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Hazif mungkin ke sana . Tiada juga. Akhirnya setelah penat mencari, Marni terduduk di ruang makan. Di samping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Amran sampaikan? Mimpikah dia? Amran hanya memerhati gerak-geri Marni. Sungguh kesian benar dia melihat Marni berlari ke sana-sini mencari Hazif yang dikatakan sudah pulang.
"Mar...arwahnya suruh Am sampaikan sesuatu...", Amran menghulurkan kotak berwarna merah. Marni hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak
yang dihulurkan Amran disambut juga. Perlahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Marni."
Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli, Am pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu...tapi puas Am cari, tak jumpa juga", sedih suara yang keluar dari mulut Amran. Marni memandang Amran. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Hazif. Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya.
"Ini ke Am?", tanyanya perlahan.
Amran tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya dibeli Hazif malam kelmarin. Saat itu tidak putus-putus Hazif menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Marni. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Marni? Apakah benar cakap-cakapMarni bahawa Hazif sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Marni? Kalau benar, bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Marni hanya mampu menangis. Dia memandang "kari-kapitan' yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar Hazif sudah pergi sebagaimana kata Amran, siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya?
Sungguh sukar untuk Marni menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin, Marni masih mengharap akan kepulangan Hazif, sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Hazif tiba di rumah, barulah Marni yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.
Nota Kaki: Percintaan adalah ANUGERAH yang membuat kita KETAWA, MENANGIS, MENERIMA, MEMBERI, dan yang paling penting ia membuat kita menyanyangi seseorang. Hargailah insan disamping kamu sebelum kamu kehilangannya.

Rabu, Oktober 15, 2008






Selasa, Oktober 14, 2008



























Anak itik kuning telah disisihkam oleh adik beradiknya kerana
warna yang berbeza ...

































Wow!!!


Besornya kucing dia....


Pokok yamg nak menyerupai manusia.






















ORANG KEBAL KECUNDANG JUA..

TENGOK BETUL2 KALAU TAK CAYA..

SUBHANALLAH

Ahad, Oktober 12, 2008

Assalamualaikum..

Adakah anda mencari FORMULA pendapatan sampingan?.. dengan RM 100 hingga RM 500 dalam satu hari anda boleh dapat, sila layari Blog saya http://duitmasuk-bank.blogspot.com/dalam blog ini memyatakan segalanya yang masih belum di ketahui oleh orang di luar sana bagaimana orang buat duit di rumah ,di mana2 setiap waktu dengan mudah....
untuk pertanyaan lanjut sila email kepada saya atau mesej ke no 019-9491679.

Ahad, September 21, 2008

Saat Ditalkinkan. .."Asyhaduallail ahaillallah. ........BACA LA..

Sebak dada bila membaca email ni.....but its good ......
Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah.. .
Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di
atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku
sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas
itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan
siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat
berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita
sungguh nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.
"Mengucap sayang mengucap.... .Asyhaduallailah aillallah. ........" ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu
manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah
menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta
yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu
suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas.
"Itu 'kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir
sahaja.. Kita perlu usaha".
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang
menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu..
datanglah... ..
Tapi mataku...... . ..semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku
tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara
itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,
abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara
doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya
mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.
Tapi,ibu.... .aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
"Yassin..... ."..bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu
itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik
lagi malaikat maut dtang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin
tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa
lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya
sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak?
Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan.
"Panas,dahaga, haus,panas. .......". tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang,"Nenek. ......... ..".
"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau
cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah
dalam agama yahudi....." .
Ayah.......kau datang ayah......." .
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani
tulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau kah tadi??Kenapa kau
berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
"Mengucap sayang, mengucap.Asyhaduall ailahaillallah. .. . . ..".
Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku
sudah menjadi kelu..

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".
manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung
hijau,katanya "Mari ikut kami"..cahaya putih datang.datang kilatan
hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang
"Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut........ !!!!!!".
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut
dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat
maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah....... "..
Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,
innalillahiwainnail aihirajiuun. ...
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan
menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk.
"Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah
hari ini?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. ......".
"Assalamualaikum. .....".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat
orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang
tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning, coklat dan
entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya
terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya. .....
jijik,loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijikini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad inimendengarnya. .
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini"..
"Akulah amalanmu yang keji........ ..".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya ! aku teringat
kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa
dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam
sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam
barzakh nanti.
Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat
yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana
Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah
berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus
lakukan!!!!!
Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat
kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.
Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????
"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong
jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat
aku???Aku malu......malu. .....malu. .....!!!! !!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu
diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah
badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu..

Nanti,tunggu! !jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku
macam ini?Tolong rimas.....panas. .......".
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok
imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang
pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang
sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kini baru aku sedar
aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat
takbir,ruku' ,sujud dan tahiyyat.
Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak
apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan
abang.Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah! "Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah
dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".
Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" .
Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yang besaiz dengan
jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam
liang itu.
"Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong
keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang sedalam
enam kaki..Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang,dan kepada
Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar
alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua
benar....... .".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca
talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur dan
terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sdikit
pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap
dan......aku kini keseorangan. .
"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku
takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong!!!!
THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN
DEATH.....

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM
MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu
manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu
tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk
mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan
bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa
lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. ..
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

DIKESEMPATAN INI JUGA SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA.

Khamis, September 18, 2008

MAUT DI TEMPAT TIDUR



Seorang ibu mendapati anak tercintanya telah maut terbujur kaku dengan
kepala tersepit ditempat tidur, bayi tersebut didapati maut saatberusaha
turun dari tempat tidurnya ketika baru bangun pagi, melihat tanda di tempat kejadian, diyakin bayi tersebut maut akibat kekurangan oksigen , ditida
dapat membebaskan kepalanya dari sepitan kayu, mulut dan hidungnyatertutup
cadar sehingga teriakannya tidak dapat didengar siapapun sementarakakinya
menjuntai kebawah tidak dapat menyentuh lantai. Melihat carikkan padakain cadar, dapat dibayangkan penderitaan bayi tersebut saat menghembuskan nafasnya yangterakhir. Bagi rakan-rakan yang masih mempunyai bayi??????harap berhati hati
Perhatikan keselamatan setiap saat karena ditempat tidurpun kecelakaan
pastikan terjadi bila kita tidak mengutamakan keselamatan

BAHAYA KENCING TIKUS.

Peminat² ayaq tin semua….. ingat²lah…. Smpikan pesanan ini kpd anak² esp,suami/isteri sdra-mara ato sapa saja yg ada dlm hidup anda…. Pengajarannya cuci semua benda²/peralatan yg digunakan utk makan…mcm kat rumah tu pinggan/mangkuk kita xtau serangga apa yg dah lalu ato tduq kat tmpat tu….so jgn malas cuci smula atau sekadar lalukan saja ayaq ke tmpat trsbut….. smoga dhayati….


Saya rasa dalam 1 juta hanya 1 orang yang cuci air tin tersebut.

Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang kawan saya di Bangi untuk berbual kerana dah lama tak berjumpa. Dia bagitahu yang dia baru jer balik dari menguruskan jenazah di negeri di selatan tanahair kerana
disyaki keradangan otak.

Menurut beliau sukar dia nak percaya kejadian yang berlaku kepada arwah kawan bapanya. Kerana arwah nie sihat sepanjang hari sebelum meninggal. Tiba-tiba jer kena macam strok masa kat umah dia. Terus jatuh pengsan tak sedarkan diri sehinggalah ke akhir hayat beliau. Keluarga arwah pun bawa ler bapanyer tu ker klinik. Doktor yang periksa arwah nie bagi tahu dia kena strok. Dia terus refer kes ni ke hospital besar. Sampai jer ke hospital terus kes nie dirujuk ke bahagian ER. Doktor yang pekse arwah nie cakap takdelah pulak tanda-tanda kena strok. Bila buat pemeriksaan CT pada bahagian kepala arwah doktor kat situ semua terkejut sebab ada sesuatu kat dalam sistem otak arwah.

Bila diaorang check pun check diaorang dapati ada sejenis cairan di dalam otak arwah.
Doktor amik sample apa yang patut pada arwah. Tapi saya tak pasti samada dia amik kat kepala ker atau kat bahagian lain. Bila dibuat ujikaji di makmal doktor kat makmal tu heran macam mana cairan sample yang dia amik tu mengandungi peratusan tertinggi kandungan asid yang sering terdapat pada air KENCING TIKUS.

Semua orang heran macam mana kencing tikus nie boleh ada pada sistem otak arwah. Doktor bertanya dengan family arwah ada ke arwah ambil apa-apa makanan di luar rumah baru-baru nie. Mengikut arwah ni die bukan seorang yang suka makan kat luar. Dia nie suka makan apa yang masak oleh isterinya jer. Tikus pun tak penah nak ada dalam umah diaorang.

Bila diselidik semula barulah family arwah nie teringat yang arwah baru-baru nie ada beli beberapa
air minuman dalam tin. kalau tak silap saya air tin bergas. Doktor minta pagawainya ke umah arwah
bawa sample dalam air tin tu untuk diuji. Setelah diuji,kandungan air dalam tin tu tak menunjukkan apa-apa tanda ada kesan air kencing. AKAN TETAPI pegawai makmal menguji sampel pada permukaan air tin tu.

Doktor pun dapatlah jawapan macam mana arwah nie kena jangkitan pada otaknya. Rupa-rupanya air dalam tin tak tercemar, yang tercemarnya adalah permukaan air tin tue jer. Mengikut doktor tu mungkin tikus telah merayap pada air tin tu sebelum tikus tu kencing pada air tin yang arwah beli. Kalau dilihat secara fizikal manalah mata kasar kita nie boleh nampak kesan air kencing tikus nie kalau air kencing tu dah kering.

Jadi kepada semua rakyat malaysia , berhati-hatilah bila saudara dan saudari membeli mana-mana barangan jenis tin atau berbentuk makanan yang dipack dari mana-mana kedai atau supermarket kerana dikhuatiri perkara nie berulang. Pasti bekas tin atau makanandipack yang dibeli dicuci sebelum digunakan atau diminum atau dimakan. Kita semua pun tahu bahawa tikus nie keje dia merayap kita tak boleh nak salahkan dia dah fitrah dia macam tu.....dan kita pun tahu yang tikus nie membawa pelbagai penyakit. Jadi kita kenalah berhati-hatilah ketika membeli barangan untuk keperluan nutrien dan diet kita seharian.

VIDEO HANGAT KANCIL MEREMPIT DENGAN EVO